Tuesday, November 16, 2010

aidiladha tiba lagi

hari ke sehari sudah berlalu tanpa disedari esok dah pun hari raya aidiladha, sayup kedengaran takbir raya masa aku mandi tadi. sedih ada gembira pun ada.

sedihnya bila buat kedua kalinya aku beraya kat kl, tahun lepas kira okay la sebab pagi raya tu awal2 lagi da gerak balik dungun tapi tahun ni sadis habis. raya kedua baru boleh balik.

gembiranya, nak dicomparekan tahun lepas, tahun ni aku ada zai and kak wanie teman aku beraya. kira okay la tu...

mmm... da tak tau nak tulis ape, jadi dikesempatan ni aku ingin mengucapkan salam aidiladha kepada seluruh umat islam di dunia ini. jadikanlah hari aidiladha tahun ini hari yang terbaik untuk kita dan seluruh umat islam. amin.

waktu bergerak pantas , sehingga lupa pula aku pada perkara yang aku selalu ingat bila tibanya hari raya aidiladha. pemergian orang yang disayangi semasa menunaikan haji. tapi itu perkara lama. yang hidup pasti akan pergi satu hari nanti, cuma masa sahaja yang berbeda dan kita yang masih lagi dikurniakan nikmat kehidupan ini haruslah bersyukur atas nikmat kuniaan Allah s.w.t. Ya Allah kau rahmatilah kedua2 orang tuaku dan tempatkanmereka dalam kalangan orang soleh dan solehah. amin..


1 pengumen cherita:

Yasmint said...

selamat hari raya rakan aka adik ku diperantauan :)

saljisejuk